Resep Kuih Akok Kedut Khas Kelantan, Malaysia Sederhana Spesial Asli Enak. Kuih Muih Tradisional Kelantan, Kuih Buka Puasa. Kuih Akok atau dikenali dengan nama Akok adalah sejenis kuih tradisional negeri Cik Siti Wan Kembang Pak Wan, Tanah Serendah Sekebun Bunga iaitu Kelantan. Akok terkenal dan digemari ramai bukan sahaja di Kelantan tetapi juga kepada penduduk negeri-negeri lain. Terutamanya kepada penggemar-penggemar kuih yang manis.

Foto Resep Kuih Akok Kedut Khas Kelantan, Malaysia Sederhana Spesial Asli Enak
Gambar Kuih Akok Kedut Khas Kelantan

Rasa lemak santan segar, rasa manis dari manisan yang diperbuat daripada nira kelapa membuatkan kita menelan air liur sendiri beberapa kali. Selain itu ada varian rasa kuih akok pandan, kemboja, akok telur Terengganu, dll.

Terus dapat idea untuk membuat kuih akok juga. Lagi pula menyediakan kuih akok menggunakan cupcake maker sangat cepat. Saya hanya menyediakan separuh adunan sahaja. Cukup lah untuk kami berbuka, dapat juga 13 biji akok kedut kecil yang comel comel untuk juadah berbuka puasa.

Kalau anda tidak menpunyai cupcake maker, boleh jer bakar dengan menggunakan acuan muffin di dalam oven. Tapi kalau oven, lama lah sikit nak tunggu oven panas dsb. Jadi apa tunggu lagi, esok ramai ramai pakat buat kuih akok kedut tau. Berikut kumpulan rahasia aneka kreasi dan variasi olahan cara buat resepi kuih akok kedut Kelantan sukatan cawan Azie Kitchen sajian sedap istimewa lengkap cara bikin sendiri di rumah ala rumahan (Homemade) step by step anti gagal yang simple, mudah dan praktis untuk konsumsi sendiri maupun untuk jualan ide usaha bisnis kuih muih atau kue basah.

RESIPI KUIH AKOK KEDUT KELANTAN


Oleh: Azie Kitchen Food Blogger No.1 Malaysia

BAHAN A :
  • 6 biji telur
  • 2 sudu besar tepung gandum - 15 gram.
  • 200 ml santan
  • Secubit garam
BAHAN B :
  • 2 keping gula Melaka - berat 200 gram
  • 1/2 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 100 ml air
CARA CARA :
  1. Masak air dengan gula Melaka, gula dan daun pandan. Sejukkan. Nota: tak perlu letak gula jika tak suka manis.
  2. Kisar telur, tepung gandum, santan, garam dengan air gula Melaka sehingga kembang. Biarkan seketika untuk hilangkan buih.
  3. Tuang minyak dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan. Nota: saya bakar guna acuan cupcake maker. Tuang minyak dan bila minyak panas, tuang adunan.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga keperangan. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
  5. Sajikan.